FOTO BBM CIKGU CIPTA







( semua bbm ini adalah hak milik penulis )
HARAP MAAF, KOLEKSI FOTO BBM AKAN DIMUAT TURUN SECARA BERSAMBUNG,TERUSKAN BERSAMA SAYA !

RASIONAL :

Menyediakan BBM, bahan permainan, bahan multimedia dan merancang strategi P&P berdasarkan tahap penerimaan murid dalam setiap kumpulan.
Penghasilan BBM ini, berdasarkan pemerhatian terhadap minat dan respon murid untuk belajar melalui permainan bahasa  yang bewarna-warni dan menarik. Murid- murid berupaya mengingat dan mempelajari pembelajaran melalui sentuhan kepada objek ringkas di sekeliling mereka. Sejujurnya saya membina BBM ini bermula dari tahun pertama saya dilantik menjadi guru Pemulihan  khas. Penghasilan koleksi BBM ini juga saya sediakan atas pemerhatian dan rujukan  juga idea sendiri. Memandangkan saya sering menghasilkan BBM, saya mengambil peluang menghimpunkan koleksi ini dalam bentuk foto dan juga dilengkapi manual permainan bahasa bagi rujukan saya pada masa akan datang.
                Murid-murid juga cenderung kepada permainan yang berkonsepkan ‘siapa cepat dia dapat’ di mana melalui permainan bahasa ini akan menguji kecekapan dan keberkesanan P&P  yang telah diajar pada hari berkenaan. Pemberian token juga saya sediakan bagi menggalakan murid mengumpul mata ganjaran yang boleh ditukar kepada hadia-hadiah menarik seperti alat tulis dan sebagainya. Penghasilan  BBM ini meliputi pengajaran kemahiran awal abjad,voKal,kv,kvkv,kvk,kvkvkv ), namun BBM ini boleh disesuaikan kepada kemahiran-kemahiran lain yang masih menggunakan konsep dan bahan yang sama.
                                                                            
PERTUKARAN TOKEN
LACI SIMPANAN TOKEN
                Penghasilan BBM ini amat murah, mudah dan fleksible. Penghasilan BBM ini juga berdasarkan rancangan harian yang diajar setiap hari persekolahan. Saya perlu kreatif dan faham akan kehendak murid. Bahan sekeliling digunakan, saya hanya perlu menggunakan daya kreatif  saya membina dan mencipta bahan yang menarik  untuk diaplikasikan.
                Saya juga mengenalpasti, murid-murid saya terlalu teruja sekiranya bahan yang mereka bawa dari rumah saya gunakan untuk dijadikan BBM.
                Diharap  penghasilan BBM ini dapat memberi  panduan dan juga idea kepada semua termasuk diri saya. BBM ini juga boleh di tokok tambah penghasilannya pada masa akan datang, di samping guru-guru dapat membina BBM yang lebih menarik daripada BBM yang saya sediakan.
Sebagai bukti saya menggunakan BBM ini semasa P&P di kelas , pembaca boleh merujuk kepada kajian kes yang telah saya buat ke atas seorang murid.( Sila rujuk kajian kes)
                                                    Kata pujangga:                  
Jadilah guru yang menghibur murid’
‘jadilah guru yang tahu menggunakan masa’
‘jadilah guru yang pandai mengurus belanja’
                 ‘Jadilah guru yang tahu erti budi’                                                      
KOLEKSI BBM 
1.     KOTAK BERACUN
2.     PUZZLE
3.     KAD RENYUK
4.     KIPAS SIAPA BETUL
5.     BALANG KRISTAL
6.     RODA BERGAMBAR
7.     ISIKAN SAYA
8.     BOWLING KATA
9.     PUZZLE KVKV
10.  KIUB SUKU KATA
11.  IKAN KATA
12.  BALANG AJAIB
13.  SANGKUT KATA
14.  KERUDI DAN CD KATA
15.  BUNGA KV
16.  BUKU BERGRED
17.  BUKU POP UP
18.  HURUF TEBUK
19.  TUJU SELIPAR
20.  KOTAK MINDA
21.  KEMBAR ABJAD
22.  RANTING VOKAL
23.  KON ABJAD
24.  MARI MENGIRA
25.  SUSUN ABJAD BESAR
26.  SUSUN ANJAD KECIL
27.  PADAN AYAT DAN GAMBAR KVKV
28.  PERMAINAN AQUA ILMU
29.  MARI BILANG
30.  SAGA ANGKA


HAK CIPTA TERPELIHARA :
NOR AZIAH ABU BAKAR
31.  PAYUNG KVKVKV
32.   KERUSI KUNCI
33.  AWAN KVKVKV
34.  SKUTER KV
35.  DART KV
36.  SELIMUT ABJAD
37.  PASANGAN SAYA
38.  BOM PERKATAAN
39.  CD VKV
40.  BACA VKV
41.  KITAR SEMULA
42.  TEMPUA VOKAL
43.  DART TAMBAH
44.  CANTUMKAN SAYA
45.  ISIKAN SAYA
46.  KENAL ANGKA
47.  MARI KENAL
48.  PENGAMATAN
49.  JARI SAYA
50.  BERAPA BILANGANNYA?
51.  KERETA VOKAL
52.  PANCING DAN BACA
53.  KAWAN AKRAB
54.  SEPANTAS KILAT
55.  KIRA CEPAT
56.  SUKA ANGKA
57.  MARI CUBA
58.  TELEFON BUAL
59.  BOLA ANGKA
60.  BOLA BAJAD
61.  BOWLING KIRA

ABM TAMBAHAN
62.  VOKAL
63.  ABJAD
64.  MARI BACA
65.  BACAAN BERGRED
66.  TAMBAH-TAMBAH
67.  PENGAMATAN
68.  TAMBAH
69.  PADANKAN
70.  KVKVKV
71.  SUSUN KATA

MUAT TURUN BERSAMBUNG........kc’s