Saturday 8 October 2011

PENULISAN : 'TERKESIMA CIKGU KERANA 'DiA'





                NAMA  : NOR AZIAH BINTI ABU BAKAR
                NO KAD PENGENALAN     : 770501-08-6916
                SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SEGARI
                                      32200 LUMUT, PERAK
                JAWATAN :  DG41 (GURU PEMULIHAN KHAS)
                NO TELEFON : 019-5788010 / 017-5102802
                ALAMAT EMAIL: kc_abubakar@yahoo.com
                PROGRAM MURID : PEMULIHAN KHAS
        TAJUK PENULISAN : TERSKESIMA CIKGU KERANA ‘DIA’
(penulisan ini adalah hak milik penulis)
                       
  TERKESIMA CIKGU KERANA ‘DIA’
( DIA : Merujuk Murid Pemulihan Khas berbeza kes / berbeza individu /nama murid dirahsiakan)



2007  ( TAK KENAL ‘ DIA’ MAKA TAK CINTA)
     Hakikatnya,Sebelum cikgu menjejaki kaki ke Sekolah ini, cikgu tidak mengenali murid cikgu.
Cikgu masih belum punyai pengalaman mengajar murid Pemulihan KhasCikgu belum  pernah menghias sebuah bilik kelas Pemulihan Khas. Pada hari pertama perhimpunan sekolah, cikgu diperkenalkan kepada semua sebagai guru Pemulihan Khas. Bermula saat itu semua perkara berkaitan kelas dan murid pemulihan akan dirujuk pada cikgu.
“ Cikgu aziah ! dia  makan rumput  di belakang makmal”.
“Oh…nanti cikgu pergi tengok, terima kasih ya!”
Memang benar dia  makan rumput, bila cikgu Tanya kenapa makan rumput? Kenapa buat macam ni. Dia diam dan terus makan rumput. Terus cikgu bawa dia ke kantin kebetulan waktu rehat, dia bawa bekal roti hari-hari itu yang dimaklumkan oleh semua kepada cikgu..
Keesokkan harinya, “Cikgu…… dia makan rumput lagi”   Semua cikgu di dalam bilik guru maklumkan bahawa dia memang berperangai pelik dan suka berfantasi.Cikgu terkedu seketika.  
Dalam kelas, cikgu menyusun kedudukan murid supaya masing-masing mendapat tempat yang selesa, kebetulan kelas masih menumpang dan agak kelam kabut.  “Cikgu…dia makan serpihan pembaris, habis ditelannya cikgu!! Satu kelas memerhatikan dia. Dia buat cikgu panik, risau  jika terjadi sesuatu. “Dia selalu macam ini cikgu, dia kuat, perut dia dah macam ‘ Doraemom’. Panik cikgu hilang seketika bila seisi kelas ketawa. Untuk memuaskan hati cikgu dan semua atas dakwaannya, murid tersebut minta semua memerhatikan teorinya benar. Murid tersebut menyusun sepihan pembaris tadi. Memang benar pembaris tersebut tidak cukup sifat.  Memang Benar serpihan pembaris dah masuk dalam perut dia. Cikgu beri dia minum, dia menolak sambil menyatakan nak belajar. Alhamdullilah dia sihat sepanjang hari persekolahan pada hari itu.
Hari terus berlalu, proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan di samping usaha mengenali anak didik. “Cikgu! Tengok cara  dia menulis, buku dia terbalik, tulis pula tangan kidal”, provokasi dari seorang murid. Bila cikgu amati cara dia menulis memang salah, tapi hasil tulisannya tidak pula salah. Cikgu terus membetulkanya. Cikgu juga beri panduan kepada semua murid cara betul untuk menulis dan memegang pensel.
Dia rajin datang ke sekolah. Kehadiran dia penuh, cikgu selalu puji dia, murid-murid lain rasa iri hati. Berikutan itu,setiap kali hari persekolah murid-murid lain tonjolkan diri supaya cikgu puji. Cikgu buat kejutan pada murid-murid. Cikgu buat token ganjaran. Setiap murid yang berkelakuan baik, rajin, kehadiran penuh setiap hari akan dapat ganjaran token. Cikgu tengok berlumba-lumba murid-murid cikgu. Hati cikgu berbunga, mudah kerja cikgu, tak perlu cikgu bersungut bila murid bual hal.
PERTUKARAN TOKEN
LACI TOKEN GANJARAN                         
Pencapaian dia lebih baik dari murid lain, Dia seorang pendiam malah dia pandai membaca. Dia kurang menonjol kerana sering bersendirian, tidak suka bercakap dan suara yang perlahan. Cikgu ambil pendekatan, Bila Dia membaca cikgu puji dan terus puji. Hasilnya dia  ada keyakinan diri dan kini berani bersuara di dalam kelas cikgu. Sepenggal  pembelajaran cikgu mula kenal Dia dan semua murid. Cabaran bermula pada hari pertama bergelar cikgu Pemulihan Khas. Cikgu yakin cikgu sudah dapat panduan bagaimana untuk mendekati murid. Cikgu sudah dapat apa yang murid suka dan tidak. Cikgu akan mulakan peranan cikgu.
Cikgu secara berterusan melaksanakan  tanggungjawab cikgu. Ilmu cikgu mengenai pemulihan cikgu perolehi saban hari. Cikgu hadiri kursus, taklimat dan bengkel. Bila berjumpa rakan-rakan seperjuangan, di sini menjadi medan perjumpaan yang paling menarik kerana masing-masing menceritakan karenah murid dan keperluan bidang Pemulihan.

                      2008  ( UNTUK ‘DIA’ CIKGU BERKREATIF )
Murid cikgu nampak mengantuk, Cikgu buka laptop semua menyanyikan lagu ABC. Murid-murid minta cikgu pasangkan lagu lain pula. Cikgu mula sedar murid-murid cikgu perlu ‘disogok’. Cikgu umpan mereka, bertambah rajin mereka cikgu akan beri upah.
Murid-murid suka benar jika cikgu buka laptop. Teruja mereka melihat jari- jemari cikgu menekan abjad pada laptop. Cikgu tengok dia malu bersuara dan malu berebut-rebut untuk menjawab seperti rakan lain. Cikgu tahu dia boleh membaca. Cikgu beri peluang dia mengendalikan laptop. Dia mengendalikan P&P pada hari itu. Murid- murid lain juga berminat. Cikgu bagi semua peluang. Tapi cikgu beri syarat, semua murid boleh kendalikan laptop tetapi mesti siapkan kerja yang cikgu berikan terlebih dahulu.

P&P MELALUI LAPTOP
                              MURID DIBERI PELUANG MENGENDALIKAN LAPTOP                                                       
Pada waktu tertentu dalam kelas cikgu wujudkan p&p melalui rakan sebaya, cikgu pantau setiap  aktiviti murid-murid cikgu. Di hujung sudut cikgu dengar seorang rakan membebel pada rakannya seperti tidak puas hati.
“ Cikgu, saya nak tukar cita-cita mulai hari ini saya tak mahu jadi cikgu”. kata dia. Cikgu bertanya  mengapa dia berubah cita-cita.dengan tiba-tiba.
 “ Saya dah letih mengajar ABCDEFGH  pada kawan saya ini”
“ dah lama saya ajar dia masih tak ingat”
“ penatla jadi cikgu kalau murid-murid macam ini cikgu!”
Cikgu senyum sengeh bila dengar dia membebel. Cikgu kata ,“nanti cikgu ajarkan kawan kamu, tapi siapa pula nak mengajar kamu jika kamu masih tak ingat membaca ayat cikgu ajar pada hari ini?”  Kebetulan aras pembelajaran  dia  hari itu membaca ayat. Dia diam.
“ kalau kamu jadi cikgu apa kamu nak buat dengan murid kamu?” Cikgu menguji.
Pada akhir pengajaran, cikgu ceritakan pengalaman dia pada semua murid. Moralnya mereka mendapat pengajaran, cikgu pula beri mereka semangat supaya rajin belajar terutamanya semasa di rumah, supaya datang ke sekolah pada keesokkan harinya mereka sudah tahu topik pengajaran.
Dia suka mempamerkan hasilnya setiap kali dapat menyudahkan kerja yang cikgu berikan pada kelas. Dia seolah-olah bangga jika semua orang melihat dan memuji hasil kerjanya. Cikgu sediakan sudut hasil murid bagi dia yang berjaya menyiapkan kerja pada waktu yang ditetapkan dengan jawapan yang betul. Hasil dia akan cikgu pamer dan cikgu juga akan beri dia token.
SUDUT HASIL MURID                              
Sedang asyik cikgu   mengajar matematik , dia sibuk dengan aktiviti sendiri. Dia sibuk menyusun pemadam dan alat tulis membentuk angka yang cikgu sendiri tidak pasti. Diam-diam  dia keluarkan biji saga dari kocek bajunya. Lantas cikgu mengambilnya. Cikgu lihat semua murid berminat dengan biji saga. Tanpa cikgu minta semua murid secara sukarela ingin membawa untuk cikgu. Cikgu dapat idea, keesokkannya cikgu ajar murid membentuk angka melalui biji saga. Murid cikgu suka bahan di sekeliling mereka.

MEMBENTUK NGKA MELALUI BIJI SAGA
Mulai detik itu cikgu mula mengutip bahan terbuang yang ada di sekeliling cikgu bagi kegunaan murid-murid cikgu.
             
BAHAN BANTU MENGAJAR                
                 Pada satu sesi p&p, semua murid berjaya menyiapkan kerja sekolah secara serentak pada hari itu, cikgu memberi ganjaran token dan mereka peluang bermain sendiri mahupun menuju ke kiosk pilihan,  Cikgu dapati mereka berkumpul beramai-ramai sambil bermain sekeping kertas yang dilipat. Dari pengamatan cikgu dia sibuk melipat kertas dan mengetuai permainan. Cikgu dengar mereka cuba menyebut nama warna dan  mengeja sesuatu sambil sesekali ketawa kerana ejaan dan jawapan rakan tidak tepat. Cikgu bermain bersama dan belajar bagaimana untuk bermain. Hasilnya cikgu praktikkan dalam p&p sebagai permainan bahasa yang menyeronokan di samping menambah pengetahuan. Cikgu pasti permainan ini cikgu juga pernah bermain ketika cikgu menjadi murid. Cikgu namakan permainan ini intai-intai.
   
PANDANGAN KESELURUHAN
LIPATAN 1
LIPATAN 2

CARA BERMAIN 1

CARA BERMAIN 2
CARA BERMAIN 3
                               
              
CARA BERMAIN 4
CARA BERMAIN 5
CARA BERMAIN 6
              SET PERMAINAN LENGKAP                                

MANUALPERMAINAN BAHASA : INTAI-INTAI


Tujuan : Murid-murid dapat mengenal huruf ( huruf besar dan kecil ) dan dapat membina perkataan   serta mencari pasangan perkataan dan gambar berdasarkan abjad.
Bahan  : Tapak Gambar
             :Set Intai-intai (terdiri daripada abjad, gambar dan perkataan
Bentuk permainan : individu
                                : berpasangan
Aktiviti permainan : Guru memberi set kad intai murid.
: Minta murid memulakan permainan dengan memilih satu abjad yang    tertera pada kad.
: Seterusnya  murid menyanyikan lagu A hingga H dan berhenti pada nyanyian A-H disukai.
: Kemudian  murid melihat sama ada abjad yang diplih pada awal permainan sama dengan abjad yang dibuka. Kemudian cuba menyebut huruf besar dan kecil yang tertera.
: Sekiranya nyaynian dibuka pada abjad yang tidak sama dengan abjad pilihan , nyanyian diulang lagi.
: Murid seterusnya membuka (intai) apa yang terdapat disebalik abjad tersebut.
: Murid akan dapati ada sekeping gambar dan murid cuba menyebut nama gambar tersebut.
: Seterusnya murid cuba mengeja perkataan berdasarkan gambar dan menyelak  ( intai) sama ada ejaannya betul.
: Bagi langkah kedua : murid memadankan gambar denag perkataan berdasarkan abjad yang tertera pada tapak intai.
Keseluruhannya : Murid yang lebih awal membuka intaian serta memadankan tapak intaian dikira pemenang.

2009 ( ‘DIA’  INSPIRASI CIKGU )
 Idea cikgu perolehi saban hari.
 Murid cikgu inspirasi cikgu,
 Murid cikgu ilham cikgu,
 Itu cikgu yakin.
Tahun 2009 kelas baru cikgu terima. Jadi cikgu perlu menghias kelas cikgu sebaik mungkin bagi menarik perhatian dia cikgu. Keluasan kelas amat terhad namun cikgu perlu menceriakan kelas untuk menarik minat murid cikgu. Cikgu menamakan kelas cikgu dengan nama  Kelas Cahaya.
SUDUT PANDANGAN KELAS CAHAYA
        Cikgu masih ingat lagi, murid-murid cikgu suka belajar dengan pelbagai kaedah, mereka suka keadaan yang bewarna-warni. Mereka tidak suka stastik bila belajar. Cikgu sediakan pelbagai kiosk untuk mereka.
    
KIOSK SUMBER

KIOSK INTERPERSONAL
KIOSK BAHASA
KIOSK MATEMATIK

KIOSK PENGAMATAN
KIOSK RITMA MUZIK
KIOSK TAYANGAN
KIOSK PENGAMATAN
KIOSK AUDIO
                            2010 ( ‘DIA’ ISTIMEWA )

 ‘ini rumah.
Ini rumah papan.
Ini rumah bapa Milah
Rumah ini besar’

Dia  mengeja dan membatangkan :-

‘ini ramah.
Ini ramah sampan.
Ini ramah bapa salah
Ramah ini besara’
Pada waktu itu cikgu bahasa melayu puan Zarina, berada di pusat sumber. Cikgu dan puan Zarina memerhatikan dia membaca dengan lancar dan bersungguh tidak seperti rakan lain. Bila kami amati, seperti tiada yang salah namun dia sesuka hati membatangkan setiap perkataan. Cikgu sudah dapat mengenalpasti kelemahan dia cikgu atasi menggunakan teknik gengaman tangan untuk membatangkan setiap suku kata.
                    Satu perkara cikgu puji dia  ialah tulisan dia, memang cantik dan kemas. Setiap kali silap menulis pasti dia memadam dengan bersih dan menulis kembali. Cantik sangat tulisannya mengalahkan murid kelas perdana. Itu Puan Zarina akui. Ada juga kelebihan murid cikgu.

                            2011  ( ‘DIA’ TANGGUNGJAWAB  CIKGU )
                    Rutin harian Cikgu sebelum memulakan kelas, kehadiran akan cikgu pastikan terlebih dahulu,
Dia?”
“ ada cikgu”
“ dia?”
“ tak datang cikgu”
“ Siapa tahu kenapa dia tidak datang?”
“ dia kahwin cikgu kena jaga anak”, seseorang berseloroh.
“ tak tahu cikgu, dengar kata ayah dia sakit!”pintas seorang lagi.
                    Peratus kehadiran murid Pemulihan Khas selalu merosot. Tahun ini dia sudah berada tahun empat. Cikgu kesal dia sering tidak hadir sekolah malah kelas pemulihan hanya 2jam seminggu untuk dia ikuti. Tahun ini baru sekali dia ikuti kelas cikgu. Alasannya, bapa sakit tiada sesiapa  untuk menghantarnya ke sekolah.  Cikgu harap  dia akan datang selepas ini. Sebelum ini  dia sudah boleh membaca kemahiran kvk. Malangnya disebabkan jarang datang ke sekolah  dia tidak menguasai kemahiran abjad, malah dia sudah tidak tahu mengeja nama sendiri. Dia tanggungjawab cikgu, Cikgu sudah sediakan bahan, cikgu tunggu dia datang.
Hari itu cikgu ajar dia, dari tahun 2, murid linus tegar.
“ Ikut cikgu ya!... a , b, c, d”. pengajaran cikgu hari itu.
“yee (a), b, c, d” sebut dia.
“sebut a, a, a, bukan yee!”
Dia masih sebut degan sebutan yang sama. Cikgu perhatikan dia agak sukar menyebut ‘a’ dengan betul. Minggu kedua cikgu harap pendekatan cikgu ambil ini dia dapat menyebut dengan betul. Cikgu bawa pek syampu dan minuman dari  hotel, cikgu beri satu pada dia gula, cikgu umpan dia sekiranya dapat menyebut dengan betul ‘a’ cikgu beri set lengkap minuman. Bersungguh cikgu lihat dia menyebutnya. Lega hati cikgu, dia berjaya. Cikgu puji dia, cikgu tepuk tangan.
PEK SYAMPU DAN MINUMAN CIKGU GUNAKAN SEBAGAI HADIAH MISTER UNYUK MURID      
                   Bulan februari tiba masanya dia  mengenali angka. Dia boleh menyebut 1,2,3,4,5,6,7,8,9  tapi dia tidak tahu makna angka tersebut. Cikgu guna batu, biji getah biji saga tapi dia masih tidak faham. Cikgu panggil seorang murid India tahun 6. Cikgu belajar dan ambil nota untuk belajar menyebut 1 hingga 9 dalam bahasa Tamil. Dia sudah faham apa itu 1 hingga 9, baru cikgu faham ‘masalah’ dia, pada masa yang sama cikgu sendiri tahu betapa sukarnya untuk mempelajari sesuatu apatah lagi perkara yang kita sendiri tidak  biasa. Hingga kini cikgu simpan nota dari murid tahun 6 tersebut.
NOTA 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10
                    Perjuangan dan tanggungjawab cikgu baru bermula, terkesima cikgu kerana dia. Setelah cikgu harungi cikgu pasti ada keistimewaannya tersendiri. Cikgu yakin kepuasan dalam tugasan cikgu akan cikgu nikmati apatah lagi tahun berganti tahun cikgu akan ketemu ramai lagi dia. Dia  yang   akan membakar semangat cikgu bagi mencipta, berkarya, berkreatif untuk  kemajuan pendidikan  dia. Cikgu yakin sedikit perbezaan dan kelainan akan terpamernya keistimewaan. Rasa terkesima cikgu tidak akan berakhir …….esok mesti ada lagi karenah dia.
(Penulisan 2011 akan tiba tidak lama lagi...nantikan!!!!)